PKR DAKWA KHAIRY SANDIWARA, LAGAK ‘HERO ANWAR:’I PLAYED BY THE RULES’ — ‘THE RULES HAVE CHANGED’ POWER TARIFF SHOULD GO DOWN, NOT UP

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail mendakwa Khairy Jamaluddin kini bersandiwara dalam isu subsidi dan harga barangan berbanding dengan pendiriannya tiga tahun lalu.

Saifuddin (gambar)berkata Ketua Pemuda Umno dan Barisan Nasional itu memperlihatkan pendirian menyokong kenaikan harga barang ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi memegang jawatan perdana menteri.

Abdullah meletakkan jawatan pada April 2009 dan digantikan oleh Datuk Seri Najib Razak.

“Saya merujuk ucapan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin seperti yang dilaporkan oleh media.

“Antara lain, Khairy menggesa Pemuda Umno seluruh negara membuat usul menentang kenaikan harga minyak kerana membebankan rakyat, mencadangkan kerajaan menyemak semula perbelanjaan untuk program PLKN yang berjumlah RM600 juta dan mencadangkan kerajaan melakukan penjimatan perbelanjaan,” kata Saifuddin dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.

Minggu lalu Khairy, yang juga Ahli Parlimen Rembau, melahirkan kebimbangan dengan kenyataan anggota Kabinet yang bertanggungjawab kepada hal ehwal pengguna bahawa rakyat perlu bersedia untuk menghadapi kenaikan harga petrol RON95.

Keputusan mengenai pelarasan subsidi dijangka diumumkan minggu ini.

Dalam kenyataannya, Saifuddin berkata, secara luarannya ucapan Khairy dilihat menentang penarikan subsidi dan kenaikan harga petrol dan barang keperluan oleh kerajaan.

“Ucapan ini nampak seolah-olah lunak, tetapi sebenarnya tidak lebih dari sebuah sandiwara untuk berlagak jaguh rakyat terutama ketika pilihan raya umum semakin dekat.

“Ini kerana pada tiga tahun lepas, Khairy membuat kenyataan yang jauh sama sekali bertentangan dengan kenyataan beliau hari ini,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Machang.

Saifuddin berkata beliau telah menyemak ucapan Khairy di Dewan Rakyat pada 23 Jun 2008 ketika  membahaskan usul kenaikan harga petrol dan barangan yang dikemukakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ketika itu.

“Dalam ucapan tersebut, Khairy direkod ‘hansard’ sebagai berkata ‘walaupun pahit dan mengundang pelbagai reaksi negatif rakyat jelata, (namun) keputusan kerajaan menstrukturkan (menarik balik) subsidi merupakan satu keperluan ekonomi yang tidak dapat dielakkan’,” kata Saifuddin.

Saifuddin mendakwa beliau juga berkata dengan menaikkan harga minyak dan harga barangan keperluan, kerajaan membuat keputusan yang bertanggungjawab, beramanah dan jauh memandang ke hadapan.

Kata Saifuddin, Khairy menambah bahawa walaupun rakyat terpaksa memikul beban hari ini, penstrukturan semula subsidi akan membawa sistem yang lebih adil dengan subsidi yang progresif.

“Harus diingat, petikan ucapan di atas adalah ketika bapa mertua beliau, Abdullah menjadi Perdana Menteri.

“Soalan saya, kenapa Khairy sebagai seorang pemimpin utama parti Umno mengubah pendirian prinsipnya hanya dalam masa tiga tahun,” katanya.

Saifuddin menambah kenapa ketika bapa mertuanya menjadi perdana menteri, Khairy menyokong penarikan subsidi dan kenaikan harga barang, sedangkan ketika Najib  menjadi pemimpin muda Umno itu terpaksa meminjam hujah Pakatan Rakyat yang konsisten menentang kenaikan harga barang dan penarikan subsidi kepada rakyat.

“Saya percaya ini, sikap sebenar Khairy adalah ketika bapa mertuanya menjadi perdana menteri dan sikapnya tidak pernah berubah, kecuali untuk mengabui mata rakyat dan berlagak hero menjelang pilihan raya ke-13,” katanya.

Anwar blames high electricity tariffs on lopsided IPP contracts, pointing to how Thais enjoy lower tariffs despite not having gas subsidies.
The government is expected to announce this week subsidy rationalisation measures, including streamlining petroleum prices.Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob said the government, however, would come out with the most suitable formula in order to lessen the people’s burden.“Wait (for the announcement) within this one week….we will decide whether to continue with the petrol, diesel and gas subsidies, considering the amount of subsidies being borne by the government having risen from RM8 billion to RM18 billion a year,” he said when asked to comment on speculations that the government would be reviewing petroleum product prices including for RON95.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s