HASRAT FADHIL NOOR– CHING..CHING..CHING.. UMNO DI DILELONG TERCHAPAI LOSS OF GOVERNMENT JOBS WILL HURT THE MALAYS HARDEST

Akhirnya impian Fadzil Noor tercapai  – oleh Liew Chin TongSelepas pimpinan PAS mengumumkan Dokumen Negara Islam pada 2003, setelah dicabar oleh Perdana Menteri pada masa itu Tun Dr Mahathir Mohamad, ia menjadi salah satu faktor utama parti itu tewas teruk dalam pilihan raya umum 2004.
Daripada 27 kerusi Parlimen yang dimenanginya dalam PRU 1999, PAS hanya mampu kekalkan 6 kerusi Parlimen. Banyak pihak mengatakan PAS kehilangan undi bukan sahaja dari kalangan bukan Islam tetapi juga dari orang Melayu yang dikatakan “resah” dengan konsep negara Islam parti itu.
Sebenarnya Dokumen Negara Islam 2003 adalah kosep yang berlawanan dengan cadangan asal yang dibawakan oleh Allahyarham Datuk Fadzil Noor selaku Presiden PAS, sejak 2001 dalam bentuk Memorandum PAS kepada Rakyat Malaysia – Pemerintahan Islam Dalam Abad ke-21.
Di antara Disember 2001 dan Mac 2002, draf empat muka surat telah dibincangkan oleh sabahat-sabahat PAS termasuk aktivis NGO yang kemudiannya dibawakan oleh Fadzil dalam muktamar PAS ke-48 di Kota Bharu, Kelantan pada Mei 2002.
Fadzil yakin memorandum itu yang masih dalam peringkat persediaan itu mampu mencari titik pertemuan pelbagai peradaban, kepercayaan dan pegangan politik rakyat. Baginya, sifat pemerintahan Islam perlu ada syura, pemilihan dan demokrasi kerana pembinaan negara mesti berpaksikan kepada akhlak dan sistem nilai yang tinggi bertunjangkan sistem kepercayaan yang benar.
Beliau turut menjelaskan bahawa pentadbiran yang dicita-citakan PAS ialah yang mendukung kedaulatan undang-undang serta menekankan aspek khidmat dan kebajikan sehingga melahirkan “Negara Berkebajikan” yang diharapkannya dapat memakmurkan negara dengan kebajikan serta mengelakkan kerosakan, pembaziran dan kemusnahan.
Tujuh perkara asas dalam Memorandum itu adalah:
●      Masyarakat madani
●      Hak saksama (al-musaawah)
●      Kedaulatan undang-undang berasaskan syariah yang luas makna dan ruang lingkupnya
●      Keadilan (al-‘adalah)
●      Meritokrasi (as-solahiyah)
●      Negara berkebajikan
●      Pentadbiran dinamik dan inovatif
Sayangnya, Fadzil meninggal dunia tidak lama selepas muktamar itu, pada 23 Jun 2002, yang mengakibatkanMemorandum itu tidak lagi menjadi keutamaan PAS.
Namun begitu, sebulan selepas perginya Fadzil, PAS menyusun semula Memorandum itu untuk dibincangkan bersama dengan rakan-rakan seperjuangan di luar parti di mana tujuh perkara asas dikekalkan dengan huraian yang lebih panjang.
Apa yang mengejutkan ialah satu dokumen yang berlainan sama sekali telah dikeluarkan pada November 2002 atas namaDokumen Negara Islam yang direstui oleh Majlis Syura Ulama PAS.
Dokumen itu juga mempunyai tujuh prinsip, seperti mana Memorandum, tetapi ia berbeza dalam banyak segi.
Tujuh perkara asas Dokumen itu ialah:
●      Negara undang-undang di mana dijelaskan bahawa hudud, qisasa dan takzir akan dikenakan kepada orang Islam sahaja tetapi yang bukan Islam boleh memilih sama ada menerima hukum itu atau common law
●      Sistem khilafah di mana pemerintah mesti melaksanakan hukum Islam, jika tidak mereka dianggap pengkhianat amanah Allah
●      Takwa
●      Sistem syura (concensus) di mana ia akan membincangkan perkara-perkara yang boleh diijtihadkan sahaja, dan tidak boleh dalam hukum-hukum tetap Islam (qat’i)
●      Keadilan dan kesamarataan (al-‘adaalah wal musaawaah) yang dijelaskan tidak sama dengan persamaan (equality) dan sama bahagian (fairness)
●      Kebebasan (al-hurriyyah) yang tidak boleh bercanggah dengan syara’
●      Ketuanan mutlak  (as-siyaadah wal haakimiyah) atau sovereignty yang mana hak ketuanan adalah milik Allah dan tidak boleh diganggu oleh mana-mana pihak.
Walau apa pun niat baik pimpinan PAS dalam menyediakan Dokumen ini, persepsi orang ramai terhadapnya telah menyebabkan parti itu ditolak dalam PRU 2004. Ia dlihat sebagai menakutkan orang bukan Islam dan orang Islam yang berpendirian sederhana.
Menjelang 2007 di mana pentadbiran Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang lemah telah membangkitkan rasa tidak puas hati rakyat, ramai pemimpin PAS terutamanya mereka yang bersikap sederhana telah menyertai gerakan-gerakan mobilisasi demokrasi seperti perhimpinan Bersih yang mendesak kerajaan Barisan Nasional supaya telus dan adil dalam pilihan raya.
Pada masa itu juga PAS mula kembali kepada idea asal Fadzil yang mahu parti itu menjadi lebih terbuka dan berarus perdana dalam menarik sokongan rakyat. Ia juga usaha sesetengah pemimpin PAS untuk membuktikan bahawa Islam bukan sempit ajarannya, Islam adalah untuk semua.
Kejayaan besar PAS bersama PKR dan DAP dalam PRU 2008 meyakinkan banyak pihak supaya parti itu berjuang bersama-sama dalam satu gabungan yang kemudiannya dinamakan Pakatan Rakyat.
Dengan adanya barisan baru PAS yang dipilih dalam muktamar PAS ke-57 di Kuala Lumpur hujung minggu lalu, hasrat Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk meluaskan usaha promosi Negara Berkebajikan dilihat akan membuahkan hasil.
Seperti yang dijelaskan oleh Hadi, Negara Berkebajikan adalah konsep yang berteraskan Islam dan boleh diterima oleh semua orang tanpa mengira agama dan kaum. Ini bermakna PAS tetap boleh memperjuangkan agenda Islam yang benar-benar memberi manfaat kepada semua manusia.
Memetik kata-kata Hadi, “Kita mulakan dengan pelaksanaan Negara Berkebajikan. Ia ada dalam Islam dan al-Quran. Dalam al-Quran tidak sebut Negara Islam, ia sebut Negara Berkebajikan”, ia mengingatkan kita semua kepada apa yang diperjuangkan oleh Allahyrahm Ustaz Fadzil untuk membawa imej Islam yang lebih demokratik, inklusif, terbuka dan adil tanpa mengorbankan prinsip perjuangan PAS.
Sejak 2004, PAS telah melalui jalan yang sukar dan penuh berduri. Rasa kurang keyakinan diri di kalangan pemimpin tertentu PAS juga membuatkan mereka serba-salah dengan tawaran UMNO untuk bersatu padu demi perpaduan Melayu.
Sekarang ternyata impian Fadzil sudah menjadi kenyataan. PAS dilihat sudah bersedia untuk kembali dengan penuh komitmen terhadap Pakatan Rakyat, selaras dengan impian Fadzil yang mahu menawarkan alternatif terbaik kepada rakyat pelbagai kaum dan agama, untuk mengambil alih pentadbiran negara daripada UMNO dan BN. – Roketkini.comPengerusi DAP yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh menggesa mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya berkelakuan seperti seorang negarawan ulung dan menutup mulutnya.
NONEKatanya, Dr Mahathir yang sedang “meniti usia yang senja” sepatutnya menggunakan sisa-sisa kehidupannya supaya bertaubat atas segala salah laku silamnya.
“Dia banyak buat kesalahan (semasa menjadi perdana menteri) dan sepatutnya menggunakan sisa-sisa kehidupannya untuk bertaubat kerana banyak bersalah kepada negara dan rakyat,” katanaya.
“…Sebagai perdana menteri, dia sangat degil dan tidak sepatutnya berkelakuan seperti itu.”
Menurut Karpal lagi, Mahathir juga tidak sepatutnya campur tangan dalam hal ehwal Pakatan Rakyat.
Beliau mengulas komen dalam blog yang dimuat-naik oleh Mahathir semalam yang mendakwa Karpal sepatutnya gembira dengan barisan kepimpinan baru PAS yang dikatakan lebih rapat dengan DAP.
mahathir blog isa 300909Mahathir menulis Karpal tidak lagi perlu mati untuk PAS melangkah mayatnya terlebih dahulu jika parti tersebut berhasrat mahu menubuhkan sebuah negara Islam kerana, perjuangan pengerusi DAP itu sudah pun tercapai tanpa perlu dia bersusah-payah.
“Tokoh yang memang besar di sebalik muktamar kali ini adalah Karpal. Perjuangannya supaya PAS gugurkan matlamat untuk mendiri negara Islam yang akan menguatkuasa hukum hudud sudah pun tercapai. Karpal tidak perlu mati untuk PAS melangkah mayatnya.
“Belum pun dia mati, PAS sekarang sudah menjadikan perjuangan untuk negara Islam dan hukum hudud tidak lagi perkara utama. Sekarang PAS akan berjuang untuk negara kebajikan,” kata Mahathir dalam blognya.
NONEMengulas tulisan itu, Karpal berkata Mahathir juga tidak harus lupa bahawa sekitar 2001 di perhimpunan Gerakan, mantan perdana menteri itu telah berkata Malaysia adalah sebuah “negara Islam”.
“Kenyataan di blognya itu tak perlu kerana dia sudah berkata demikian, kali pertama pada 2001, kecuali dia sudah lupa,” kata Karpal.
Beliau juga mengalu-alukan tindakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu membawa Malaysia ke sebuah negara berkebajikan jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya.
Muktamar PAS ke 57 pada 3,4,5 Jun baru–baru ini mendapat perhatian orang ramai. Kalau dulu tidak ada siapa yang berminat mengikuti perkembangan PAS tetapi sejak pasca PRU ke 11, perkembangan PAS diberi tumpuan yang mendalam. Utusan Malaysia dan TV arus perdana yang sememangnya bersikap negatif  dengan PAS menggunakan kesempatan Muktamar kali ini untuk ‘membelasah’ PAS tetapi dengan cara yang halus dan menyakitkan.
Apa yang pelik dalam liputan ini, pemimpin-pemimpin Umno dan para ahli akademik yang menjadi alat dan perkakas buruk Umno seolah-olah lebih hebat penghayatan mereka kterhadap perjuangan PAS, malah ada yang mengatakan PAS telah hilang ketulenan perjuangannya apabila sedia tunduk kepada desakan Dap dan PKR dan sanggup meninggalkan perjuangan Islam yng dibawa selama ini.
Kepada Utusan dan TV arus perdana saya ucapkan syabas kerana memberi tumpuan walaupun caranya tidaklah cerdik, tetapi yang penting kepada para penganalisa dari ahli akademik mereka telah menggadaikan nilai akademik mereka untuk kepentingan Umno saya ucapkan takziah kepada karier mereka. Kepada pemimpin Umno saya tak tahu nak ucapkan apa-apa tentang komen mereka tetapi yang pasti mereka ‘lebih PAS dari PAS!’
Apa yang lebih penting dalam memahami isu muktamar PAS bukanlah apa yang mahu difahamkan oleh media massa perdana yang bertaraf ‘longkang’ dan ‘parit’ itu, tetapi apa yang lebih penting ialah apa yang PAS mahu lakarkan untuk masa depan perjuangannya. Perjuangan selama 57 tahun ini bukanlah satu perjuangan yang melalui jalan yang mudah.
Telah beberapa kali PAS rebah dan bangkit, rebah dan bangkit sehinggalah ia mampu sampai kepada tahapnya yang ada hari ini. Tahapnya hari ini bolehlah dibanggakan berdasarkan kepada beberapa halangan yang berjaya diatasi oleh PAS sepanjang keberadaannya di pesada politik tanahair. Antaranya ialah, PAS bukan sahaja didokongi oleh segmen berlatarbelakangkan agama tetapi juga oleh segmen lain yang berperanan aktif. Kedua, PAS berjaya meroboh tembok yang memisahkannya dengan pengundi bukan Islam dengan pencapaiannya yang terbaik di kawasan-kawasan campuran. Ketiga, PAS mempunyai sayap bukan Islam (DHPP) dalam struktur partinya yang tidak pernah dibayangkan sebelum ini dan akhirnya PAS berjaya melebarkan pengaruhnya di luar kawasan tradisinya di Pantai Timur dan Utara ke Tengah dan Selatan tanahair termasuk Sabah dan Sarawak. Pencapaian-pencapaian ini berlaku di tengah-tengah suasana permusuhan media perdana kepada PAS dan aturcara permainan demokrasi yang tidak adil. Bagi parti lain yang tidak mempunyai kekuatan ideologi dan organisasi parti sudah pasti akan berkubur untuk terus hidup dalam suasana sedemikian rupa, tetapi PAS mampu hidup malah terus segar bugar seperti rangkap akhir lagu PAS yang berbunyi: “Berpandukan Al Quran dan Sunnah, suburlah hidupnya dan pasti berbuah…” Inilah buah-buahnya yang dipetik oleh generasi  PAS hari ini. Malangnya kita tidak akan mengharapkan para ahli akademik ‘dungu’ mampu melihat pencapain-pencapaian ini, janganlah mengharapkan Umno pula nak ingatkan pencapaian-pencapaian PAS!
READMORE   http://themalay-chronicle.blogspot.com/2011/06/hasrat-fadhil-noor-chingchingching-umno.html
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s